in , , , , , ,

Game Single-Player Baharu Dalam Universe Apex Legends Nampaknya Sedang Dibangunkan Respawn

Bukti telah ditemui yang mengarah kepada pembangunan sebuah game single-player baharu yang berada dalam universe Apex Legends.

Beberapa jawatan kosong telah diiklankan di laman web rasmi Respawn Entertainment, yang mana deskripsinya telah mendedahkan beberapa butiran mengenai projek yang sedang berada dalam inkubasi studio tersebut.

Tiada judul yang didedahkan buat masa ini, selain jawatan-jawatan tersebut hanya menggunakan “Apex Universe FPS Incubation Title” (Judul Inkubasi FPS Universe Apex).

Jawatan “Senior Gameplay Engineer” menyatakan yang projek inkubasi ini masih lagi berada dalam fasa pembangunan awal. Jawatan “Hard Surface Artist” pula menyatakan game itu merupakan sebuah “game Respawn single-player adventure serba baharu”.

Bagi korang tidak tahu, Apex Legends dibangunkan berdasarkan universe siri Titanfall. Jadi, bolehlah juga kita katakan bahawa game seterusnya daripada Respawn itu juga berada dalam universe Titanfall.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kojima Productions Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan Kepada Pihak Yang Kaitkannya Dengan Pembunuhan Shinzo Abe

10 Game Korang KENA MAIN DULU Dalam PlayStation Extra, Deluxe (Game Catalog)