in ,

Game Shooter Terbaru Riot Games, Valorant Akan Dilancarkan Pada 2 Jun Di PC

Riot Games semalam telah berjanji untuk berkongsikan sesuatu yang baharu untuk game shooter akan datang mereka, Valorant. Nampaknya berita tersebut ialah pengumuman tarikh pelancaran.

Valorant akan dilancarkan sepenuhnya pada 2 Jun ini dan boleh dimainkan secara percuma di PC. Pada tarikh itu nanti, pemain boleh muat-turun Valorant secara percuma di PlayValorant.com.

Riot turut mengumumkan bahawa sesi beta tertutup yang sedang dijalankan pada ketika ini akan ditamatkan pada 28 Mei ini bagi mempersiapkan pasukan mereka untuk pelancaran penuh kelak seperti me-reset akaun pemain, mengemaskini kandungan baharu dan lain-lain.

Valorant merupakan sebuah game first-person shooter kompetitif 5v5 yang memfokuskan kepada permainan berdasarkan karakter dengan abiliti masing-masing. Ramai menggelarkan game ini seumpama gabungan antara Overwatch dengan Counter Strike. Mungkin juga kita akan dapat melihat beberapa pengaruh League of Legends kerana ia datang dari pembangun yang sama.

Riot turut mengumumkan bahawa pemain di Asia Tenggara berpeluang memainkan game ini dalam bahasa Inggeris, Indonesia, Thai, dan Cina Tradisi semasa pelancaran. Bahasa Vietnam pula akan ditambah kemudian pada tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Christopher Nolan Akan Tayangkan Satu Filem Penuhnya Dalam Fortnite Tidak Lama Lagi

Christopher Nolan Akan Tayangkan Satu Filem Penuhnya Dalam Fortnite Tidak Lama Lagi

The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

Naughty Dog Guna Fungsi Baru Twitter Untuk Sekat Spoiler Dan Kecaman Terhadap The Last of Us Part II