Menu
in , ,

Game Shooter Free-To-Play Ironsight Akan Mulakan Sesi Ujian Beta Terbuka Pada Bulan Februari

Game shooter ketenteraan futuristik, Ironsight yang telah menutup sesi ujian beta tertutup pada tahun lepas akan membuka semula dengan sesi beta terbuka pada 1 Februari.

Sesi beta terbuka itu akan menampilkan “kandungan-kandungan baru yang lebih luas” termasuklah 4 peta, mode baru dan misi baru.

Ironsight mengisahkan tentang peperangan North Atlantic Forces menentang Energy Development Enterprise Network dalam merebut sumber asli yang masih ada di Bumi pada tahun 2025. Ia menampilkan ciri-ciri mode yang hampir sama termasuklah Search and Destroy dan Team Deathmatch serta juga Secure Point dan Resource Takeover. Dua mode co-op yang menampilkan musuh AI juga ada.

https://www.youtube.com/watch?v=jbQ-TeIGPoU

Pemain mempunyai akses kepada lebih 100 senjata yang boleh diubahsuai dan pelbagai jenis pilihan kelengkapan, dron taktikal dan mech. Pertempuran juga akan mengambil tempat di lokasi di seluruh dunia, setiap satunya mempunyai rupa bentuk muka bumi dan cuaca yang berbeza.

Ironsight ialah game free-to-play, seperti biasa pemain boleh membelanjakan wang jika mereka mahu untuk membeli tiga jenis Founder Packs. Setiap satunya mengandungi gabungan dalam mata wang in-game, loot crates, emotes, senjata dan lain-lain kelengkapan. Membeli salah satu pack itu akan membenarkan pemain beraksi lebih awal dalam fasa pre-beta yang akan dimulakan pada 30 Januari.

Maklumat lebih lanjut boleh layari aeriagames.com.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Leave a Reply

Exit mobile version