Pada Oktober 2010, Riot Games telah mengumumkan pelbagai projek baharu yang akan mengembangkan universe League of Legends. Antaranya seperti animasi, dokumentari, game kad, game shooter dan banyak lagi.
Antara yang menjadi perhatian utama peminat ialah sebuah game shooter, yang mana pada ketika itu hanya dikenali sebagai Project A. Kini, game tersebut telah mendapat judul rasmi, iaitu Valorant.
Bersama-sama dengan pengumuman judul rasmi ini, mereka turut berkongsikan gameplay terbaharu yang dimainkan oleh para pembangun dalam sesi percubaan dalaman. Korang boleh saksikan video berdurasi 2:40 minit ini di bawah:
Tiada platform yang diumumkan setakat ini, namun mereka mengatakan ia akan dilancarkan pada musim panas 2020.
Melihat video di atas, kita boleh katakan ia mempunyai aura seperti sebuah game yang menggabungkan gameplay Counter-Strike dengan Overwatch. Apa pandangan korang?
Comments
Loading…