Semakin dekat dengan pelancaran PS5, semakin banyak pembangun yang mula mengumumkan game mereka untuk konsol generasi akan datang itu.
Terbaharu, sebuah game seram yang pertama untuk PlayStation 5 telah diumumkan, diberi judul Quantum Error. Ia merupakan sebuah game first-person shooter yang menggunakan latar belakang angkasa lepas, dibangunkan oleh studio TeamKill Media.
Selain PS5, game ini turut akan dilancarkan ke PS4. TeamKill Media merupakan studio yang membangunkan Kings of Lorn: The Fall of Ebris.
Korang boleh saksikan trailer pertama yang dikeluarkan untuk game ini:
Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran yang diumumkan. Kemungkinan besar menunggu tarikh pelancaran PS5 terlebih dulu sebelum mengumumkan tarikh pelancaran game ini.
Comments
Loading…