in ,

“Game Selepas Uncharted 4 Akan Menggunakan PS4 Jauh Lebih Baik” – Naughty Dog

Belum sempat Uncharted 4 berada di tangan kita, Naughty Dog sudah mula menyebut tentang game seterusnya.

26151981256_9c1c40f747_o

Selepas kita melihat beberapa gameplay yang telah dikeluarkan, pastinya kita menganggap Uncharted 4 sudah menggunakan segala teknologi yang mampu ditampung PlayStation 4 dengan maksimum. Namun, bukan itu apa yang keluar dari mulut developer, Naughty Dog.

Dalam satu temu ramah yang dilakukan DualShockers bersama Lead Designer, Ricky Cambier mengatakan bahawa pastinya terdapat beberapa aspek dari segi teknologi yang mampu ditambahbaik selepas Uncharted 4 ini. Beliau menambah, di Naughty Dog, mereka mempunyai ramai pengaturcara yang berbakat, dan beliau sentiasa terkejut dengan apa yang mereka mampu lakukan.

Beliau juga memberi komen mengenai perbezaan yang sangat ketara yang Naughty Dog berjaya lakukan dari siri pertama Uncharted ke The Last of Us. Adakah mereka akan lakukan perkara yang sama dari Uncharted 4 ke game mereka yang seterusnya?

Beliau menjawab, sukar untuk melakukan evolusi yang telah dicapai antara dua game tersebut, namun beliau pasti apa yang akan ditampilkan dalam game seterusnya pasti akan jauh lebih baik daripada apa yang PS4 mampu lakukan kini.

26151980806_7c43ca5332_o

Sebelum ini, Naughty Dog telah mendedahkan bahawa pengakhiran Uncharted 4 akan membuat para pemain berbelah bahagi dan bertengkar.

Trailer CGI untuk Uncharted 4 juga telah dikeluarkan. Anda boleh tontonnya di sini.

Naughty Dog juga telah berkongsi bagaimana mereka mengakhiri perjalanan dan pengalaman mereka dalam siri Uncharted ini dengan penuh emosi.

Selain itu, mereka telah menerangkan bagaimana mereka membina grafik secantik ini dalam Uncharted 4, dan juga mengatakan sistem stealth dalam The Last of Us akan digunakan dalam game ini.

Selepas ditunda sebanyak tiga kali, tarikh pelancaran Uncharted 4: A Thief’s End adalah pada 10 Mei 2016, eksklusif untuk PlayStation 4.

JomBaca: Naughty Dog Bakal Mematikan Nathan Drake Dalam Uncharted 4?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

God of War 4: Dari Mitos Greek Ke Mitos Norse!

Final Fantasy XV: Senjata, Spells dan Skills Untuk Korang Level Up, 200+ Quests, Dan Banyak Lagi Info Menarik!