in , , ,

Game Sebenarnya Lebih Besar Daripada Filem, Kata George R. R. Martin

Dunia penulisan dan hiburan sudah tidak asing lagi dengan sosok George R. R. Martin, lebih-lebih lagi selepas karya agungnya A Song of Ice and Fire diadaptasi menjadi siri televisyen Game of Thrones oleh HBO.

Nama penulis tersohor ini mula menggegarkan industri gaming pula apabila pada tahun 2019, FromSoftware telah mengumumkan Elden Ring, sebuah game dengan kerjasama antara Hidetaka Miyazaki dan George R.R Martin.

Dalam satu blogpost terbaharu, Martin ada berkongsikan perkembangan terkini serta bagaimana beliau mula didekati FromSoftware untuk membikin kisah latar belakang (backstory) game tersebut.

Martin berkongsikan bagaimana beliau tidaklah arif dalam pembangunan video game, namun tawaran yang diberikan oleh FromSoftware adalah sesuatu yang amat sukar untuk ditolak.

Beliau kemudian membandingkan skala pembikinan video game dengan filem, dengan menulis,

“Video game-video game adalah sebesar filem-filem pada hari ini (lebih besar sebenarnya)… dan ia mengambil masa yang sama lama untuk membinannya.”

Martin turut mendedahkan yang beliau sudah melihat Elden Ring dan mengatakan ia kelihatan “mengagumkan”.

Elden Ring akan dilancarkan pada 25 Februari 2022 untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Parodi Battlefield 2042, Clownfield 2042 Kini Dilancarkan Di Steam, Hanya RM2.70

Hideo Kojima Berikan Komen Tentang Genre Battle Royale: "Cara Paling Senang Buat Duit"

Hideo Kojima Kata Akan Mula Bereksperimen Dengan Sebuah Projek ‘Radikal’ Tahun Ini