in ,

“Game Sebenar PS5” Hanya Akan Ada Sekurang-Kurangnya Pada 2022, Kata CEO PlayStation

PS5 telah dilancarkan di beberapa buah negara, namun game-game yang boleh dimainkan di konsol generasi terbaharu itu semuanya merupakan game rentas generasi, yang mana ia turut boleh dimainkan di PS5.

Bagi mereka yang tidak biasa, mungkin akan mempersoalkan mengapa konsol PS5 sudah ada tapi game-gamenya masih seakan sama sahaja seperti apa yang ada untuk PS4. Namun, bagi mereka yang sudah arif tentang perpindahan dari satu generasi ke satu generasi konsol yang baharu, ini tentunya adalah situasi lazim dan realisitk.

Perkara ini turut disahkan oleh CEO PlayStation, Jim Ryan ketika bercakap kepada TASS. Beliau menjangkakan bahawa PS5 hanya akan mendapat game yang mendefinisikan generasi konsol ini, atau dalam bahasa mudahnya, “game sebenar” atau “game terbaik” untuk PS5, mungkin sekurang-kurangnya pada tahun 2022.

“Sejarah memberitahu kamu bahawa pada tahun kedua atau ketiga barulah para pembangun akan mengeluarkan sesuatu yang terbaik,” ujar Ryan. “Secara tipikalnya, para pembangun memerlukan sedikit masa untuk membiasakan mereka [dengan hardware baharu].”

“Tapi ia mungkin pada 2022 kamu akan saksikan perkara-perkara hebat terjadi, sama seperti apa yang pernah berlaku pada 2015/2016 untuk generasi sebelum ini, apabila game yang mendefiniskan generasi tersebut mula diterbitkan.”

Sifir mudahnya, tahun 2020/2021 akan menyaksikan kita hanya akan disajikan dengan game-game PS5 yang turut akan memfokuskan kepada PS4. Ini sememangnya sesuatu yang realistik kerana pada ketika ini, PS4 masih lagi merangkumi sebahagian besar komuniti PlayStation, dan Ryan pernah menjanjikan sebelum ini bahawa PS4 akan terus disokong dalam tempoh 4 tahun lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Trailer Gameplay Assassin’s Creed Valhalla Yang Tiada Paparan Gameplay Langsung

Ambil Kedudukan AC3, Valhalla Catat Jualan Pelancaran Terbesar Dalam Sejarah Assassin’s Creed

Among Us Akan Menerima Map Baru, Paparan Penuh Semasa The Game Awards