in ,

Game PS4 Kini Adalah Game Paling Banyak Terjual Berbanding Konsol Lain Dalam Sejarah

Bilangan jualan unit konsol paling banyak terjual dalam sejarah tentunya masih dipegang oleh PlayStation 2 (PS2), namun ada satu rekod baru yang dipecahkan oleh PlayStation 4 (PS4).

Bilangan game-game yang terjual di PS4 sahaja telah mencatatkan jumlah sebanyak 1.577 billion unit — sekaligus menjadikan ia berada di kedudukan nombor satu berbanding mana-mana game-game di konsol lain dalam sejarah.

Berita ini diumumkan dalam laporan kewangan terbaharu Sony, lapor PlayStationLifestyle.

Sejak pelancarannya pada November 2013, game-game di PS4 sahaja telah terjual sebanyak 1.577 billion unit, memintas rekod yang sebelum ini dipegang oleh game-game yang pernah terjual di PS2 sahaja iaitu sebanyak 1.537 billion unit. Harus diingat, jualan game di PS4 masih rancak dan bilangan ini pastinya akan terus meningkat.

Dari April 2020 hingga Mac 2021 sahaja, kira-kira 339 juta game telah terjual antara PS4 dan PS5, peningkatan sebanyak 22% daripada tahun fiskal sebelumnya. Bilangan ini termasuk 58.4 juta game yang diterbitkan sendiri oleh Sony seperti The Last of Us Part II, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, dan Demon’s Souls.

Populariti game-game digital berbanding game disk fizikal terus menunjukkan peningkatan. Laporan ini turut menyatakan yang PlayStation Store telah mencatatkan pendapatan sebanyak USD13.71 billion (sekitar RM56.25 billion) sepanjang tahun fiskal yang sama, sekaligus menjadi pendapatan tahunan paling tinggi dalam sejarah store itu.

Dengan pandemik global tidak lagi menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk reda, para pemain dijangka akan terus memilih game-game digital yang lebih mudah untuk dimuat-turun berbanding pergi ke kedai fizikal berdekatan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Tak Yakin Stok PS5 Akan Ditingkatkan Secara Drastik Sehingga Mac 2022

Sony Umum Kerjasama Dengan Discord, Integrasi Ke Dalam PlayStation Network Tahun Depan