Skull & Bones pertama kali diperkenalkan kepada umum semasa E3 2017. Pada ketika itu, mereka mengatakan yang game tersebut akan dilancarkan pada tahun 2018.

Kemudian, ia telah ditunda ke tahun fiskal 2019/2020. Dan terbaru, Ubisoft telah mengumumkan bahawa Skull & Bones sekali lagi telah ditunda ke “selepas 2019/2020”. Bermakna, paling awal pun, game ini akan dilancarkan pada April 2020.

Dalam satu pengumuman lain, Ubisoft turut mendedahkan yang game ini tidak akan diperlihatkan di E3 2019. Mereka menegaskan yang ini adalah bagi memfokuskan kerja mereka terhadap kualiti serta ingin membangunkan sebuah game yang sehebat mungkin.

Skull & Bones akan menggunakan latar belakang Lautan Hindi di zaman keemasan para lanun di era abad ke-18.

Sumber: Gamespot

JomBaca: Masa Untuk Kita Balas Dendam Terhadap Kapal Perang Portugis, Saksikan Gameplay Baru Skull & Bones

JomKomen!