in

Game Pertama Metronomik, Diketuai Wan Hazmer, Akan Diperlihatkan Kali Pertama Di Tokyo Game Show 2018

Hasil kerja syarikat tempatan akan diperlihatkan tidak lama lagi.

Metronomik telah mengumumkan yang game pertama yang sedang dalam pembangunan mereka, No Straight Roads akan diperlihatkan kepada umum buat kali pertama semasa acara Tokyo Game Show 2018, dari 20 hingga 23 September.

Menceritakan tentang dua rockers indie yang ingin melawan ‘EDM record label’ dalam genre game yang digelar mereka sebagai music-based action game.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Metronomik mendedahkan yang game ini adalah hasil daripada kecintaan muzik dan penceritaan visual oleh Lead Game Designer Final Fantasy XV dan Concept Artist Street Fighter V.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Facebook peribadinya, Wan Hazmer pula menyatakan:

“Game kami, No Straight Roads akan mengadakan pertunjukan demonya yang pertama di Tokyo Game Show pada tahun ini! Kami rasa sangat dirahmati untuk diberikan peluang menunjukkan demo ini, memandangkan ia hanya 9 bulan sejak Daim dan saya mengasaskan Metronomik!”

Metronomik ialah sebuah studio tempatan baru yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak Malaysia yang mencipta nama di Square Enix sebagai Lead Game Designer untuk Final Fantasy XV. Beliau telah meninggalkan studio gergasi di Jepun itu dan kembali ke tanah air untuk berbakti kepada industri gaming tempatan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

7 Rancangan Kerajaan Negeri Perak Bagi Bangunkan Industri & Ekonomi Esports

Kejadian Menembak Tercetus Di Kejohanan Video Game Di Florida, 3 Maut Termasuk Penembak