in , , , , ,

Game Perlumbaan Open-World Dakar 18 Didedahkan Untuk PS4, Xbox One Dan PC Oleh Deep Silver

Penerbit Deep Silver atau dikenali sebagai Koch Media telah mendedahkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Bigmoon Entertainment untuk menerbitkan dan mengedarkan Dakar 18 untuk PS4, Xbox One dan PC.

Game tersebut bakal menjadi sebuah game perlumbaan open-world yang disertakan dengan beberapa jenis kenderaan berdasarkan kepada pertandingan Dakar Rally.

Menurut pembangun, game tersebut akan menjadi sebuah acara “simulasi realistik” dan akan menjadi “salah satu game perlumbaan open-world yang terbesar yang pernah dihasilkan”. Dakar 18 juga akan membenarkan pemain mengawal beberapa jenis kenderaan termasuklah motorsikal, ATV, kereta, trak, dan SxS. Akan ada lima jenis kategori perlumbaan berdasarkan kepada kenderaan yang disenaraikan.

Ia juga telah disahkan bahawa kesemua pasukan utama, kenderaan dan juruterbang dari Dakar Rally akan dimasukkan ke dalam game, dengan kebenaran dari Amaury Sport Organisation yang mana merupakan pihak yang bertanggungjawab menguruskan acara tersebut. Dakar 18 juga akan menampilkan mode single-player dan multiplayer online/offline.

“Kami dengan bangganya untuk bekerjasama dengan A.S.O dan Deep Silver untuk membawakan sebuah pengalaman perlumbaan realistik Dakar kepada pemain di seluruh dunia. Sebagai pembangun rasmi kepada projek ini, kami akan memastikan Dakar 18 akan menjadi sebuah perlambangan kepada pengalaman sebenar Dakar dalam game video.” – Pengarah Permainan Bigmoon Entertainment, Paulo J. Games.

“Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Bigmoon Entertainment untuk game ini dan berusaha untuk menjayakan projek ini. Lebih daripada itu, kami berdua bersama-sama ingin mewujudkan francais Dakar dalam komuniti perlumbaan.” – CEO Koch Media,Β Klemens Kundratitz.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

GTA Online Mempunyai Lebih Ramai Pemain Pada Bulan Disember Lalu Sejak Pelancarannya

Sesi Open Beta Dragon Ball FighterZ Mungkin Akan Dipanjangkan Kerana Isu Sambungan Online Sejak Semalam