[KEMASKINI]:

Game-game yang dikatakan ‘percuma’ ini sebenarnya bukanlah senarai game percuma PlayStation Plus bulan Ogos yang tertiris seperti yang dilaporkan di bawah. Sebaliknya, sistem di PlayStation Store telah tersalah menghubungkan senarai game yang ada untuk EA Access.

EA Access untuk PS4 akan dilancarkan pada 24 Julai, tetapi ia telah terlebih awal dan tersilap menghubungkan game-game yang ada dalam EA Access dengan meletakkan tag ‘percuma’ serta ikon PS Plus. Sebab itulah beberapa game EA, seperti UFC 3 dan Star Wars Battlefront II kelihatan percuma.

EA Access merupakan langganan premium daripada EA yang memberikan pelbagai game percuma keluaran mereka dengan jumlah harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan pembelian secara berasingan setiap satu game tersebut. Ia telah pun lama dilancarkan di PC dan Xbox One, dan akan dilancarkan di PS4 pada bulan ini.

Makanya, kalau senarai game percuma PS Plus bulan hadapan tidak sama dengan apa yang dilaporkan sebelum ini, jangan marah haa.

Sumber: Twisted Voxel

[LAPORAN ASAL]:

Kebiasaannya Sony akan mengumumkan dua game percuma bulanan dalam langganan PlayStation Plus pada hujung bulan. Namun, belum lagi diumumkan secara rasmi, terdapat laporan mengatakan yang dua game untuk bulan Ogos akan datang telah tertiris.

Menurut laporan Glitched.Africa, ada dua game yang muncul di PlayStation Store yang di-tag “percuma untuk PS Plus” secara tidak sengaja — iaitu Star Wars: Battlefront II dan UFC 3.

Walau bagaimanapun, itu sajalah ‘bukti’ yang ada. Dua game percuma keluaran EA ini dalam satu bulan yang sama mungkin ‘too good to be true’. Itu belum dikira lagi senarai game yang sering berbeza antara rantau, yang mana kemungkinan rantau Asia akan mendapat game lain.

Sekiranya benar mereka akan memberikan Star Wars Battlefront II secara percuma, ia mungkin satu strategi yang baik bagi menaikkan hype terhadap satu lagi game Star Wars yang akan dilancarkan pada November nanti, iaitu Star Wars: Jedi Fallen Order.

Anggap saja ini masih khabar angin, selagi belum ada pengumuman rasmi daripada Sony.

JomKomen!