in ,

Game Percuma PlayStation Plus Ogos 2021 – Hunter’s Arena: Legends, PvZ: Battle for Neighborville, Tennis World Tour 2 [Kemaskini]

[KEMASKINI]:

PlayStation Asia secara rasminya telah mengumumkan barisan game percuma dalam langganan PlayStation Plus untuk Ogos 2021. Ianya adalah sama seperti senarai yang telah tertiris dalam laporan asal di bawah.

Ketiga-tiga game ini akan boleh ditebus dari 3 Ogos hingga 6 September 2021.

[LAPORAN ASAL]:

Sony mungkin akan mengumumkan barisan game percuma dalam langganan PlayStation Plus untuk Ogos 2021 dalam beberapa hari lagi. Namun mereka nampaknya telah memperlihatkan lebih awal daripada sepatutnya senarai game itu di laman web rasmi PlayStation.

Tiga game yang tertiris itu ialah Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville (PS4), Tennis World Tour 2 (PS4) dan Hunter’s Arena: Legends (PS5).

Perkara ini ditemui oleh @Wario64 dan telah memuatnaik screenshot yang sempat diambil di Twitter sebelum Sony kembali memadamkannya.

Hunter’s Arena: Legends boleh dikatakan tidaklah ‘tertiris’ kerana sebelum ini Sony telahpun mengumumkan yang game battle royale dengan pertempuran jarak dekat itu akan dimasukkan ke dalam langganan PS Plus bulan hadapan.

Apa-apa pun kita tunggu saja pengumuman rasmi daripada PlayStation Asia untuk mengesahkan barisan game percuma ini.

Bagi korang yang masih belum tebus game-game percuma untuk bulan Julai 2021, korang masih berpeluang melakukannya sehingga 2 Ogos ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Animasi PUBG Sedang Dibikin Oleh Penerbit Animasi Castlevania, Adi Shankar

Stok Barangan Gaming Dijangka Terus Berkurangan Sehingga 2023, Kata CEO Intel