in , ,

Game Percuma PlayStation Plus November 2020 – 2 Game Untuk PS4, 1 Game Untuk PS5

Selain memberikan dua game percuma untuk PS4 seperti biasa, Sony nampaknya sudah mula menawarkan game percuma untuk PS5 dalam senarai game percuma bulanan dalam langganan PlayStation Plus.

Untuk bulan November 2020, dua game percuma yang diberikan untuk PS4 ialah Middle-earth: Shadow of War dan Hollow Knight: Voidheart Edition. Kedua-dua game ini boleh diambil dari 4 November hingga 30 November ini.

Apabila PS5 dilancarkan kelak, Bugsnax akan ditambah sebagai satu lagi percuma untuk bulan ini, hanya untuk PS5. Bagi yang tidak tahu, semua game PS4 yang ada dalam akaun korang akan boleh dimainkan di PS5, termasuklah dua game terbaharu yang dimasukkan ke dalam langganan PS Plus ini iaitu Middle-earth: Shadow of War dan Hollow Knight: Voidheart Edition.

Bugsnax untuk PS5 ini akan boleh diambil dari 12 November 2020 hingga 4 Januari 2021. Walaupun Bugsnax akan dilancarkan ke PS4 juga, namun tawaran game percuma PS Plus ini hanya terdapat di PS5.

Bagi korang yang masih belum ambil game-game percuma untuk bulan Oktober 2020, korang masih ada masa sehingga 3 November ini

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation App Di Mobile Kini Boleh Berbual Voice Chat Dengan Rakan Di PS4/PS5

Penggambaran Filem Uncharted Telah Tamat, Mark Wahlberg Tunjuk Baju Sully