in ,

Game Percuma PlayStation Plus Mac 2021 – Final Fantasy VII Remake, Knack 2, Farpoint, Maquette

Sony meneruskan 2021 dengan barisan game AAA yang menarik dalam langganan PlayStation Plus bulan ini.

PlayStation Asia telah mengumumkan senarai game percuma yang akan diberikan dalam langganan PlayStation Plus untuk pasaran Asia (R3) bagi bulan Mac 2021. Ianya adalah seperti berikut, yang boleh diambil dari 2 Mac hingga 5 April ini:

  • Final Fantasy VII Remake (PS4)
  • Knack 2 (PS4)
  • Farpoint (VR)
  • Maquette (hanya boleh dimainkan di PS5)

Untuk pemain yang memiliki Final Fantasy VII Remake (PS4) melalui pemberian percuma PS Plus ini, ia tidak boleh dinaiktaraf secara percuma untuk versi tambahbaik PS5. Walau bagaimanapun, versi asal PS4 itu tetap boleh dimainkan di konsol PS5 melalui fungsi backward compatibility.

Dalam acara PlayStation State of Play pada awal Jumaat lalu, Square Enix telah mengumumkan versi naiktaraf PS5, digelar Final Fantasy 7 Remake Intergrade. Pemain yang membeli Final Fantasy 7 Remake (versi PS4) sebelum ini akan mendapat naiktaraf PS5 dengan beberapa ciri tambahan secara percuma, namun kelebihan ini tidak akan terpakai untuk pemain yang mendapatkannya melalui langganan PS Plus.

Bagi korang yang masih belum tebus game-game percuma untuk bulan Februari 2021, korang masih ada masa sehingga 1 Mac ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Adakah Hu Tao Karakter Seterusnya Untuk Update 1.3 Genshin Impact?

Sifu: Game Kung-Fu Yang Memfokuskan Pertempuran Tangan Kosong Jarak Dekat