in ,

Game Percuma PlayStation Plus Jun 2021 – Star Wars: Squadrons, Virtua Fighter 5, Operation: Tango

Rasa macam baru semalam masuk tahun 2021, ya tak? Tahu-tahu, kita dah masuk ke pertengahan tahun.

PlayStation Asia telah mengumumkan senarai game percuma yang akan diberikan dalam langganan PlayStation Plus untuk pasaran Asia bagi bulan Jun 2021. Ianya adalah seperti berikut:

  • Operation: Tango (PS5)
  • Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown (PS4)
  • Star Wars: Squadrons (PS4)

Ketiga-tiga game boleh diambil bermula 1 Jun ini. Namun, tarikh tamat tawaran ada sedikit perbezaan. Tawaran percuma Operation: Tango dan Star Wars: Squadrons akan tamat pada 5 Julai 2021, manakala Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown akan boleh terus diambil sehingga 2 Ogos 2021.

Bagi korang yang masih belum tebus game-game percuma untuk bulan Mei 2021, korang masih ada masa sehingga 31 Mei ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Valve Dilaporkan Akan Lancarkan PC Handheld Macam Nintendo Switch Hujung Tahun Ini

Uncharted 4 Bakal Dilancarkan Ke PC, Didedahkan Dalam Dokumen Laporan Sony