Senarai game percuma kali mempunyai bilangan yang lebih banyak, tapi ia bakal sedikit mengecewakan ramai pemain.
PlayStation Asia telah mengumumkan senarai game percuma yang akan diberikan dalam langganan PlayStation Plus untuk pasaran Asia (R3) bagi bulan Februari 2021. Ianya adalah seperti berikut:
- Concrete Genie (PS4)
- Bloodstained: Ritual of the Night (PS4)
- Biped (PS4)
- Control: Ultimate Edition (PS5)
- Destruction AllStars (PS5)
Semua game boleh ditebus dari 2 Februari hingga 1 Mac 2021, kecuali Destruction AllStars boleh ditebus dari 2 Februari hingga 5 April 2021.
Rata-rata pemain meluahkan rasa kecewa kerana game yang paling menarik dalam senarai ini, Control hanya boleh dimainkan di konsol PS5. Berbeza dengan langganan PS Plus untuk rantau Amerika Utara yang memberikan Control untuk kedua-dua konsol PS5 dan PS4.
Dalam situasi stok PS5 tersangatlah sukar untuk didapati, terutamanya di rantau Asia, ramai yang mempersoalkan tindakan PlayStation Asia yang hanya memberikan Control untuk PS5.
Bagi korang yang masih belum tebus game-game percuma untuk bulan Januari 2021, korang masih ada masa sehingga 1 Februari ini.
Comments
Loading…