in ,

Game Percuma PlayStation Plus Disember 2021 – Godfall, Mortal Shell, LEGO DC Super-Villains, Judge Eyes

[KEMASKINI]: Untuk yang bertanyakan “Judge Eyes dapat Chinese version saja ke?”, korang kena search “Judgment” dan Add to Library untuk dapatkan English version. Tetap percuma untuk pelanggan PS Plus.

[LAPORAN ASAL]:

Pejam celik pejam celik, kita sudah memasuki bulan terakhir untuk tahun 2021.

PlayStation Asia telah mengumumkan senarai game percuma yang akan diberikan dalam langganan PlayStation Plus untuk pasaran Asia bagi bulan Disember 2021.

Ianya adalah seperti berikut, yang boleh diambil dari 7 Disember 2021 hingga 3 Januari 2022:

  • Godfall: Challenger Edition (PS5/PS4)
  • Judge Eyes (PS4)
  • LEGO DC Super-Villains (PS4)
  • Mortal Shell (PS4)

Untuk Godfall, harus diingat ia bukan edisi game penuh, sebaliknya Challenger Edition — satu edisi yang hanya memfokuskan kepada kandungan endgame. Tiga mode unik akan ditampilkan iaitu Lightbringer, Dreamstones, dan Ascended Tower of Trials.

Edisi ini akan meletakkan para pemain terus kepada kandungan pasca-game dengan karakter-karakter level maksimum yang juga telah disediakan dengan gear dan senjata yang sesuai.

Menurut info di PlayStation Blog, edisi ini akan menyokong fungsi co-op, serta cross-gen antara para pemain di PS5 dan PS4. Sekiranya ingin akses kandungan campaign dan expansion Fire & Darkness, pemain perlu naik taraf ke Deluxe Edition.

Bagi korang yang masih belum tebus game-game percuma untuk bulan November 2021, korang masih ada masa sehingga 6 Disember ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ruined King: A League Of Legends Story: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Jualan Game Asal Titanfall Dihentikan – Respawn Mungkin Mengacah Titanfall 3?