Barisan game percuma PlayStation Plus untuk rantau Asia kali ini nampaknya lebih baik berbanding apa yang ditawarkan untuk rantau Amerika Utara dan Eropah.
PlayStation Asia telah mengumumkan senarai game percuma yang akan diberikan dalam langganan PlayStation Plus untuk pasaran Asia (R3) bagi bulan April 2021. Ianya adalah seperti berikut, yang boleh diambil dari 6 April hingga 5 Mei ini:
- Days Gone (PS4)
- X-Morph: Defense (PS4)
- LEGO Worlds (PS4)
- Oddworld: Soulstorm (PS5)
Bagi korang yang masih belum tebus game-game percuma untuk bulan Mac 2021, korang masih ada masa sehingga 5 April ini.
Comments
Loading…