in , , , ,

Game Percuma Paling Hangat Sekarang, Genshin Impact Menjana RM413 Juta Dalam Masa Hanya 2 Minggu

Sebuah game open-world single-player percuma yang bagus, dibangunkan oleh studio China — memang sesuatu yang sukar dipercayai. Hakikatnya, itulah Genshin Impact.

Menurut penganalisis terkemuka, Daniel Ahmad, Genshin Impact telah menjana lebih daripada USD100 juta (sekitar RM413 juta) dalam masa hanya dua minggu sejak pelancarannya pada hujung September lalu.

Game yang dibangunkan studio miHoYo ini dilaporkan adalah game dengan pelancaran paling berjaya untuk sebuah IP asli daripada sebuah pembangun China dalam sejarah. Ia juga dikatakan telah dimuat-turun sebanyak 23 juta di iOS dan Android pada minggu pertama sahaja, belum dikira lagi yang dimainkan di PC dan PS4.

Menurut PC Gamer pula, kos untuk membangunkan game ini ialah USD100 juta, maka, matematik mudahnya, miHoYo telah berjaya memulangkan modal mereka dalam hanya dua minggu sahaja.

Genshin Impact boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, iOS dan Android.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Poster Baru Filem Monster Hunter Memperlihatkan Milla Jovovich, Tony Jaa Dengan Senjata Masing-Masing

Filem Monster Hunter Memperlihatkan Rathalos Dan Diablos Dalam Video Terbaru

PT, Demo Silent Hills 2015 Mungkin Akan Terus Boleh Dimainkan Di PS5