in ,

Game Percuma Epic Games Store Minggu Ini Among Us, Satu Lagi Game Misteri Minggu Depan

Ketika Epic Games Store mengacah game misteri pada minggu lalu, ramai menjangkakan yang ia adalah sebuah game AAA. Ternyata semua jangkaan kita salah.

Game percuma yang diberikan di Epic Games Store pada minggu ini ialah Among Us — sebuah game yang boleh didapati hanya RM12.50 di Epic Games Store (sebelum tawaran percuma) dan Steam, atau muat-turun secara percuma di Android dan iOS.

Tawaran percuma ini berjalan dari sekarang hingga 3 Jun, 11 malam (waktu Malaysia). Masukkannya ke dalam akaun dalam waktu ini, dan ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Korang boleh dapatkannya di sini.

Among Us merupakan antara game paling popular tahun lalu ketika pandamik baru sahaja mula melanda dunia, walaupun sebenarnya telah dilancarkan pada 2018.

Bagi yang tidak tahu, Among Us merupakan game ‘social deduction’ di mana dalam kalangan pemain terdapat seorang pemain sebagai Imposter. Pemain lain perlu bekerjasama menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan, dalam masa sama perlu mencari dan mengelak daripada dihapuskan oleh Imposter.

Epic Games Store mengacah satu lagi game misteri percuma yang akan diberikan, menggantikan Among Us pada minggu hadapan.

Agaknya apa game percuma yang akan ditawarkan pada minggu hadapan?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Gameplay Pertama Horizon Forbidden West – Bersedia Untuk Dikagumkan Dengan Keupayaan PS5

Saksikan 10 Minit Gameplay Pertama Far Cry 6 – Selamat Datang Ke Yara, Pulau Di Caribbean