in ,

Game Percuma Di Epic Games Store Hari Ini Adalah Moving Out

Bersempena musim perayaan Krismas, Epic Games sedang menjalankan kempen satu game percuma di Epic Games Store setiap hari selama 15 hari.

Untuk game ke-13, Epic telah memberikan Moving Out.

Game co-op yang dibangunkan SMG Studio dan Devm Games itu boleh diambil secara percuma dari sekarang sehingga 12 tengah malam ini (waktu Malaysia). Apabila berjaya dimasukkan ke dalam Library, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Korang boleh dapatkan Moving Out di Epic Games Store.

Moving Out bolehlah dikatakan sebagai game yang mempunyai genre yang sama dengan siri game Overcooked. Kalau Overcooked membawakan gameplay memasak, Moving Out pula menampilkan gameplay memindahkan perabot dari dalam rumah ke dalam lori.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Horizon Forbidden West: Ular Gergasi Digelar Slitherfang, Ini Gameplay Melawannya

Remedy, Tencent Bekerjasama Untuk Bikin Game Shooter Co-Op Percuma