Seperti dijadualkan, setelah setahun menjadi eksklusif di Epic Games Store untuk platform PC, No Straight Roads akan dilancarkan pula ke Steam pada tahun ini.
Digelar No Straight Roads: Encore Edition, Metronomik akan berkongsikan info lanjut tentang pelancaran game ini ke Steam dalam masa terdekat.
Sementara itu, bagi yang sudah sekian lama menanti game yang dibangunkan oleh studio tempatan ini dilancarkan ke Steam, korang dah boleh masukkannya ke dalam Wishlist sekarang.
Lebih menarik, Metronomik kini membuka peraduan kepada para peminat untuk menghantar artwork masing-masing berkaitan No Straight Roads. Mana-mana artwork yang menepati syarat akan diabadikan ke dalam No Straight Roads: Encore Edition.
Setelah bertahun menimba ilmu di bawah Square Enix, yang mana projek terakhir di Jepun adalah sebagai ketua pereka Final Fantasy XV, Wan Hazmer Wan Abd Halim kembali ke tanah air untuk mencurah bakti dalam industri gaming tempatan.
Bersama-sama dengan Daim Dziauddin, bekas artis konsep Street Fighter V, juga sepupunya, mereka telah mengasas Metronomik, sebuah studio pembangunan game tempatan yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Game pertama Metronomik — No Straight Roads.
Dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!?, JomGaming mengatakan bahawa No Straight Roads menyajikan sebuah gameplay aksi bertemakan muzik yang menggabungkan kedua-duanya dengan amat bijak. Walaupun mempunyai glitch yang agak mengjengkelkan, namun sebagai sebuah game pertama dari studio yang kecil dengan skala pelancaran yang begitu besar, serta betapa komitednya Metronomik untuk memperbaikinya, ia bolehlah kita maafkan.
No Straight Roads kini boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One dan Switch.