in , , ,

Game Penuh Assassin’s Creed Odyssey Boleh Dimainkan Secara Percuma Pada Hujung Minggu Ini

Memasuki minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan, Ubisoft telah memberikan kita sedikit ketenangan untuk mengasingkan diri di rumah.

Pada hujung minggu ini, game penuh Assassin’s Creed Odyssey akan boleh dimainkan secara percuma di PC (Uplay, Steam, Epic Games), PS4 dan Xbox One. Di bawah ialah waktu sesi percuma ini akan berlangsung, mengikut platform masing-masing (waktu Malaysia):

  • PS4 — 19 Mac, 3 petang hingga 24 Mac, 1 pagi
  • Xbox One — 19 Mac, 3 petang hingga 24 Mac, 1 pagi
  • PC — 19 Mac, 7 malam hingga 24 Mac, 12 tengah malam

Bukan itu sahaja. Sesiapa yang bermain sesi percuma hujung minggu ini (termasuk yang sudahpun membeli game penuh), Ubisoft turut memberikan set pakaikan ‘Ezio’s Roman Set’, yang ia membawakan semula rekaan yang pernah dipakai oleh Ezio Auditore da Firenze dalam Assassin’s Creed Brotherhood ke dalam Assassin’s Creed Odyssey.

Sekiranya pemain berhasrat untuk membeli game penuhnya selepas sesi percuma tamat, kesemua progression yang diperoleh dalam sesi ini akan dibawa ke hadapan.

Jadi, selamat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Semoga kita terus sabar dan tenang bermain game dalam menghadapi ujian ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Naughty Dog Nafikan Penglibatan Secara Langsung Dalam Pembikinan Filem Uncharted

Produski Filem Uncharted Ditangguhkan Lagi Bagi Membendung Penularan COVID-19

Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Info Rasmi Baru Untuk PS5 Akan Dikongsikan Sony Pada Tengah Malam Ini