in , ,

Game Paling Hangat 2023 Setakat Ini, Hi-Fi Rush Kini Mendapat Steam Deck Verified

Hi-Fi Rush merupakan antara perkara positif pertama yang berlaku dalam industri gaming tahun ini. Tanpa sebarang pengumuman atau promosi, game aksi bertemakan muzik itu terus dilancarkan secara mengejut dan yang paling penting, mendapat pujian ramai.

Kini, setelah lebih seminggu dilancarkan, Hi-Fi Rush telah mendapat Verified untuk Steam Deck. Berita ini bermakna para pemain yang memiliki game tersebut di Steam, ia boleh dimainkan tanpa sebarang masalah di Steam Deck — handheld keluaran Valve yang kini semakin mendapat tempat di hati ramai gamer.

Dibangunkan oleh Tango Gameworks, studio sama yang menghasilkan The Evil Within, Hi-Fi Rush membawakan kombat dengan elemen irama.

Pemain akan bermain sebagai watak Chai, seorang rockstar yang menentang syarikat robotik dengan bantuan rentak muzik. Sekali imbas, boleh dikatakan game ini seperti Devil May Cry bergabung dengan Bayonetta dan bertemu dengan Crypt of the NecroDancer.

Hi-Fi Rush boleh dimainkan di Xbox Series X/S dan PC (Epic Games Store, Microsoft Store dan Steam). Ia juga sudah boleh dimainkan sekarang dalam langganan Game Pass.

Nantikan review penuh JomGaming untuk Hi-Fi Rush tidak lama lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Voice Chat Discord Mula Diperlihatkan Untuk PS5 – Berbual Mudah Merentasi Platform

Star Wars Jedi: Survivor Akan Ada ‘Fast Travel’, Haiwan Yang Boleh Ditunggang