Code: To Jin Yong merupakan game terbaharu yang sedang dibangunkan LightSpeed Studios, sebuah studio di bawah Tencent Games.
Game ini merupakan sebuah adaptasi daripada siri novel seni beladiri yang ditulis oleh novelis terkenal Jin Yong.
Game open-world dengan gaya seperti filem-filem Wuxia dari China ini dibangunkan dalam Unreal Engine 5. Code: To Jin Yong menjadi game pertama daripada studio ini yang dibangunkan dalam Unreal Engine 5.
Platform dan tarikh pelancaran masih belum didedahkan.
LightSpeed Studios merupakan sebuah studio yang terkenal membangunkan game-game mobile, antaranya PUBG Mobile dan Apex Legends Mobile.
Your enticle helped me a lot, is there any more related content? Thanks! https://accounts.binance.com/en/register-person?ref=P9L9FQKY