in , ,

Game Mobile Star Wars Baru Dari Zynga Akan Dilancarkan Tahun Ini, Tapi Masih Tiada Info Diketahui

Francais Star Wars sememangnya semakin garang dalam memperluas katalog game mereka. Selain untuk PC dan konsol, platform mobile juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan kandungan Star Wars.

Dalam laporan kewangan terbaharu (via Gamespot), Zynga menyatakan yang mereka sedang membangunkan sebuah game mobile Star Wars dan bakal dilancarkan pada tahun ini, yang mana pelancaran secara berperingkat (soft launch) akan bermula pertengahan tahun ini.

Zynga tidak mahu meletakkan sebarang janji kukuh, namun mereka mengatakan yang ia mungkin mendapat pelancaran penuh di seluruh dunia sekitar hujung tahun ini.

Apa yang membuatkan ramai berteka-teki adalah Zynga sehingga kini masih belum mendedahkan sebarang butiran tentang game ini. Apakah judulnya, genre, latar masa, atau game yang bagaimana yang mereka sedang bangunkan ini — semuanya masih misteri.

Ini merupakan kali pertama syarikat gaming mobile besar itu membangunkan berdasarkan francais Star Wars, namun ia bukanlah kali pertama mereka membikin game dari francais-francais besar. Antara game yang studio yang cukup sinonim dengan Farmville itu pernah keluarkan adalah Harry Potter: Puzzles & Spells dan Game of Thrones: Slots Casino.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Witcher Umumkan Board Game Untuk 2-5 Pemain, Kickstarter Bermula Mei Ini

Masih Ingat Dino Crisis? Ini Mungkin Pengganti Yang Kita Cari Selama Ini