Game mobile Harry Potter yang dibangunkan oleh pembangun yang sama dengan Pokemon Go kini sudah ada tarikh pelancaran.

Menurut laporan laman Wizards Unite Hub (via IGN), Harry Potter Wizards Unite akan dilancarkan pada 21 Jun 2019, iaitu pada Jumaat ini. Tidak dapat dipastikan sama ada game ini akan dilancarkan ke iOS atau Android terlebih dulu, atau secara serentak.

Berita ini didedahkan oleh CEO Niantic, John Hanke, dalam satu acara eksklusif di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Harry Potter Wizards Unite merupakan game mobile yang boleh dimainkan secara percuma. Seperti Pokemon Go, ianya adalah sebuah game augmented reality (AR) berdasarkan lokasi — dan akan menggunakan latar belakang dunia Harry Potter.

JomKomen!