Game MMO Lord Of The Rings pernah diumumkan pada 2019. Kini, selepas kira-kira dua tahun membisu, game itu nampaknya telah dibatalkan.
Berita ini hadir menerusi laporan Bloomberg. Laporan ini mengatakan punca pembatalan ini adalah disebabkan pengambil-alihan Leyou Technologies oleh Tencent. Amazon Game Studios sebelum membangunkan game Lord Of The Rings itu dengan kerjasama Leyou Technologies yang berpangkalan di China.
Game Lord Of The Rings itu dikatakan telah dibatalkan kerana perbalahan yang sedang berlaku antara Tencent dan Amazon, beberapa sumber memberitahu Bloomberg.
“Kami tidak dapat mencapai kata putus untuk meneruskan game ini pada waktu ini,” kata jurucakap Amazon kepada Bloomberg.
Walau bagaimanapun, pembatalan pembangunan game ini tidak mengakibatkan sebarang pembuangan kerja dalam Amazon Game Studios. Sebaliknya, mereka telah dipindahkan ke beberapa projek lain.
Comments
Loading…