in

Game Marvel Baharu Diumumkan, Main Sebagai Captain America, Black Panther

Setelah banyak laporan mengenainya, Skydance New Media akhirnya telah berkongsikan butiran baharu mengenai game Marvel yang sedang mereka bangunkan.

Sebuah trailer sinematik telah dikeluarkan bersempena acara Disney & Marvel Game Showcase, sekaligus mengesahkan beberapa ura-ura sebelum ini.

Game masih belum lagi mempunyai judul rasmi, namun mereka telah mengesahkan yang ia akan menampilkan dua karakter ikonik Marvel, iaitu Captain America dan Black Panther (Azzuri, datuk kepada T’challa).

Game ini akan membawakan empat karakter yang boleh dimainkan. Selain Captain America dan Black Panther, dua lagi karakter itu adalah Gabriel Jones (seorang askar Amerika Syarikat yang merupakan ahli Howling Commandos) dan Nanali (ketua Wakandan Spy Network).

Daripada trailer ini, kita dapat lihat yang game ini akan menggunakan latar belakang era Perang Dunia Kedua.

Deskripsi rasmi yang disediakan untuk game ini adalah:

“Empat hero. Dua dunia. Satu peperangan. Melalui kolaborasi bersama Marvel Games, Skydance New Media dengan bangganya ingin berkongsi pandang pertama game AAA baharu kami dengan pelakon sesuai dan kisah asli dalam universe Marvel unik kami.”

Dalam satu temuramah bersama IGN, ketua Skydance New Media, Amy Hennig mendedahkan yang walaupun game ini menampilkan 4 karakter yang boleh dimainkan, ia bukanlah game co-op yang boleh dimainkan lebih daripada seorang pemain.

Selain butiran ini, tiada maklumat lanjut yang didedahkan setakat ini.

Amy Hennig cukup dikenali sebagai salah seorang penulis yang mencipta siri game Uncharted, sebelum keluar dari Naughty Dog pada tahun 2014. Kemudian, pada 2019, Hennig dan bekas eksekutif EA, Julian Beak telah membuka Skydance New Media — dan ini merupakan projek pertama mereka selepas penubuhan studio tersebut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Midgard Saga Kini Dilancarkan Di Malaysia Untuk iOS, Android

Ubisoft Umum 6 Game Assassin’s Creed Baharu Serta Siri TV Live-Action Untuk Netflix