Sebuah lagi game diberikan secara percuma bagi membantu kita kekal tenang dalam tempoh perintah berkurung bagi membendung wabak COVID-19 di seluruh dunia.
TT Games telah mengumumkan bahawa The LEGO NINJAGO Movie Video Game kini boleh didapatkan secara percuma untuk semua pemain di PC (Steam), PS4 dan Xbox One.
Tawaran ini terhad dari sekarang sehingga 21 Mei ini. Apabila korang ambil game ini dalam tempoh waktu ini, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.
https://twitter.com/TTGames/status/1261283872198873090?s=20
Korang boleh dapatkan game ini di setiap platform melalui pautan di bawah:
Comments
Loading…