IO Interactive telah mengesahkan bahawa Freedom Fighters, game yang pernah dikeluarkan pada tahun 2003, diterbitkan semula dan boleh didapati sekarang di GOG, Steam dan Epic Game Store.
Versi digital yang baharu ini adalah sama seperti versi asal, tapi ia telah dipertingkatkan supaya boleh dimainkan di sistem operasi moden.
Freedom Fighters ialah game third-person shooter di mana pemain bermain sebagai seorang pejuang yang menentang kuasa Soviet Union yang telah menawan bandar New York. Pemain boleh merekrut pejuang-pejuang lain dan bertindak sebagai ketua pasukan untuk menawan kembali kawasan-kawasan yang telah dikuasai pihak musuh di sekitar New York.
Namun, versi digital ini disertakan dengan soundtrack penuh yang mempunyai 16 buah lagu dan juga dua lagu bonus yang tidak pernah disertakan sebelum ini. Pembelian akan didatangkan sekali dengan manual informasi untuk PC.
Di Steam, korang boleh membelinya sekarang yang berharga RM21.12 dengan diskaun sebanyak 30%.
Comments
Loading…