in , , , ,

Game Interaktif-Thriller, Twelve Minutes Menampilkan Pelakon Hollywood Terkenal – James McAvoy, Daisy Ridley & Willem Dafoe

Twelve Minutes belum lagi mengumumkan tarikh pelancarannya, namun kali ini ia memperkenalkan barisan pelakon dari Hollywood yang terlibat dalam pembikinan game ini.

Barisan pelakon Hollywood yang didedahkan ialah James McAvoy, Daisy Ridley dan Willem Dafoe sebagai pelakon suara dalam game interaktif-thriller berjudul Twelve Minutes.

Twelve Minutes merupakan sebuah game naratif top-down adventure di mana pemain akan mengalami pengulangan masa banyak kali selama 12 minit yang berakhir dengan tragedi kepada protagonis. Tapi dengan sedikit pemerhatian dan perubahan, pemain boleh mengubah jarak masa dan mungkin boleh terselamat dari tragedi tersebut.

Pada asalnya, ia merupakan projek solo oleh Luis Antonio. Tapi kemudian penerbit Annapurna Interactive memilih untuk membantu pembikinan game ini.

Twelve Minutes bakal hadir untuk platform Xbox One, Xbox Series X dan PC pada tahun ini. Tapi tarikh keluaran mash belum diumumkan.

What do you think?

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Auto Draft

Story Expansion Untuk Doom Eternal, The Ancient Gods: Part One Akan Dikeluarkan Pada Oktober

Komuniti FIFA Pro Clubs Anjurkan Kejohanan Amal Bantu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Komuniti FIFA Pro Clubs Anjurkan Kejohanan Amal Bantu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah