Siapa main kat arked lagi?

Diumumkan semasa pembentangan video Inside Xbox, Halo: Fireteam Raven (H:FR) akan menampilkan edisi pertama Halo dalam versi game arked 4-pemain.

Berita ini pastinya mengejutkan ramai peminat Halo yang menantikan pengumuman Halo di E3 yang sudah semakin hampir ini.

H:FR akan mula dibuka di cawangan arked Dave & Busters di AS dan Kanada, dan akan dibuka kepada arked-arked lain di hujung tahun nanti. H:FR merupakan kerjasama antara Raw Thrills (pengeluar game-game arked di US), Play Mechanix dan 343 Industries.

Mesin arked bagi H:FR ini akan menampilkan monitor 130 inci, ultra wide, 4K dan 4 tempat duduk. 4 orang pemain akan memainkan watak-watak Fireteam Raven, berperang bersama Master Chief di dalam babak-babak Halo: Combat Evolved, sambil mengendalikan Needlers, Magnums, dan turet Warthog.

Agak-agak sampai Malaysia tak ni? Penulis dah tak tahan melihatnya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.