in , , ,

Game GTFO Tampilkan Makhluk Bayangan, Yang Berkepala Tentakel, Yang Merangkak!

Style horror gak sistem skuad dan gameplay dalam game seram GTFO ini!

Video gameplay terbaru bagi game GTFO ini menampilkan perspektif daripada 4 anggota skuad yang dihantar ke sistem bawah tanah yang dilengkapi alatan sains dan perlombongan dan manusia-manusia yang…bangkit sebagai gerombolan makhluk gelap kejahatan.

Daripada gameplay, dapat dilihat bahawa kita perlu bermain sebagai skuad 4-orang, masuki/hack sistem akses bagi membuka pintu dan almari/kotak bagi mendapatkan heatlhpack dan peluru yang sedikit, untuk menyelesaikan misi mendapatkan artifak jauh di dalam sistem gua bawah tanah nan gelap.

Kelihatan juga bahawa kerjasama sesama anggota skuad adalah penting kerana nyawa/health tidak regen, dan anggota skuad boleh kehilangan nyawa, dan perlu di-revive.

Sekurang-kurangnya 3 jenis makhluk baru diperkenalkan. Namun, makhluk bayangan yang hanya muncul apabila disuluh cahaya yang ditayangkan di dalam trailer sebelum ini  tetap menjadi igauan kitorang.

Semestinya gameplay yang mementingkan kerjasama amat diperlukan di dalam GTFO. Jimat peluru, jangan cedera serta bijak menggunakan senjata dan gajet – semoga kita semua berjaya mendapatkan artifak iu nanti.

GTF sedang dibangunkan oleh 10 Chambers Collective, studio milik Ulf Andersson yang turut sama membangunkan game skuad Payday! GTFO dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hanya Ada Dua Pilihan Dialog Dalam Sistem Perbualan Anthem Bagi “Gamers” Masakini

TM Tawarkan Pakej Unifi 100Mbps Berharga RM129 Sebulan Kepada Pelanggan Baru