in ,

Game-Game PS3 Mula Muncul Di PlayStation Store PS5 – Fungsi Backward Compatibility Diperluas?

Antara fungsi yang konsol Xbox sentiasa mendahului konsol PlayStation adalah keupayaan konsol-konsol terkini Xbox memainkan game-game dari konsol terdahulu, malah game-game dari Xbox yang pertama.

Sudah bertahun-tahun para peminat PlayStation meminta fungsi ini daripada Sony, namun sehingga kini mereka hanya boleh bermain game-game dari PS3 dan generasi ke bawah dengan hanya menggunakan fungsi streaming, melalui langganan PS Now, bukan fungsi backward compatibility yang sebenar seperti Xbox.

Terkini, harapan untuk melihat impian itu tercapai mungkin telah hidup kembali kerana VGC telah menemui satu game versi PS3, iaitu Dead of Alive 5, muncul dalam PlayStation Store di PS5.

Game fighting itu dengan jelas meletakkan tanda harga £7.99. Apabila ingin cuba dibeli, ia belum dibenarkan, namun tidak mustahil sekiranya ia boleh dilakukan tidak lama lagi.

Selepas penemuan ini dilaporkan VGC, beberapa pemain lain turut berkongsikan di Twitter penemuan yang sama. Antara game PS3 yang ditemui setakat ini ialah Bejeweled 3, Prince of Persia: The Forgotten Sands dan The Two Thrones.

Sememangnya sudah banyak bukti dan laporan sebelum ini yang menjurus ke arah pengenalan fungsi backward compatibility sepenuhnya oleh Sony tidak lama lagi.

Baru-baru ini, arkitek sistem PS5, Mark Cerny telah memfailkan paten yang terkait backward compatibility dengan satu teknologi baharu yang bakal digunakan konsol terkini PlayStation itu.

Selain itu, laporan dari Bloomberg mengatakan PlayStation sedang bersiap sedia mahu melancarkan servis langganan baharu untuk bersaing dengan Xbox Game Pass, yang mana salah satu manfaat dalam langganan baharu itu kelak dikatakan akan menyediakan koleksi game-game klasik PS1, PS2, PS3 dan PSP.

Bahkan, baru-baru ini, Sony telah menghentikan penjualan kad-kad baucar PS Now di United Kingdom, berkemungkinan menandakan Sony sedang bersedia untuk menggabungkan PS Now dan PS Plus ke dalam satu langganan serba baharu yang lebih besar.

Walau segala laporan yang muncul ini, seperti biasa, janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi. Anggap saja ini masih dalam status khabar angin selagi ia belum disahkan secara rasmi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Respawn Dilaporkan Sedang Bikin Game Single-Player FPS Baru, Bukan Titanfall 3, Dilancarkan 2024/2025

Ura-Ura PlayStation Game Pass: Bos Xbox Kata “Itu Jawapan Yang Tepat”