Kita membayar RM129 untuk langganan 12-bulan PlayStation Plus. Dengan nilai ini, kita akan mendapatkan beberapa game percuma pada setiap bulan, merangkumi game-game indie dan game-game AAA.

Di sebalik harga RM129 yang dibayar ini, kita sebenarnya mendapat nilai game yang jauh lebih tinggi. Menurut anggaran Polygon, nilai game yang diberikan oleh Sony kepada para pelanggan PS Plus ialah USD1,500 (RM6,262) — yang meliputi game-game di PS3, PS4 dan PS Vita. Dalam kata lain, kalau kita membeli game-gama yang ditawarkan dalam PS Plus ini berasingan satu per satu, kita terpaksa membelanjakan RM6,262.

Anggaran yang dikeluarkan Polygon ini merupakan nilai yang ada dalam PS Plus rantau Amerika Utara. Walaupun PS Plus rantau Asia menawarkan game-game yang sedikit berlainan daripada Amerika Utara, namun, kami yakin bahawa nilai anggarannya tidak jauh beza.

Antara game-game hebat yang ditawarkan dalam langganan PS Plus rantau Asia sepanjang tahun 2018 ialah Bloodborne (Mac), Mad Max & Heavy Rain (April), Call of Duty: Black Ops 3 (Julai), Destiny 2 (September), dan Beyond Two Souls (November).

Jadi, apakah game kegemaran korang yang telah ditawarkan dalam PS Plus sepanjang tahun 2018 ini? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

JomKomen!