in ,

Game-Game Percuma PlayStation Plus Bernilai RM3,703 Sepanjang 12 Bulan Dalam 2019

Antara perubahan penting dalam PlayStation Plus pada tahun ini ialah kenaikan harga langganan tersebut pada Ogos 2019. Sebelum kenaikan harga itu, langganan setahun mengenakan caj sebanyak RM129, dan kini harganya telah bertukar kepada RM159.

Sepanjang 12 bulan pada tahun 2019, Sony Interactive Entertainment telah memberikan sejumlah game-game percuma yang bernilai USD894.68 (~RM3,706.30). Data ini datang daripada analisis yang dilakukan oleh Polygon, yang mana mereka telah menilai berapakah harga game-game percuma yang diberikan (harga semasa game-game tersebut menjadi percuma).

Semestinya, kajian yang mereka lakukan adalah berdasarkan langganan PS Plus untuk rantau Amerika Utara. Namun, secara keseluruhan, tidaklah banyak perbezaan game percuma yang diberikan untuk rantau itu dengan rantau Asia.

Secara purata, harga game semasa diberikan percuma ialah USD27.96 (~RM115.83), manakala markah reviu secara purata ialah 77 per 100 (berdasarkan Metacritic), dan usia game itu secara purata ialah 2 tahun 10 bulan.

Antara game percuma menarik yang diberikan sepanjang tahun ini ialah The Last of Us Remastered, Steep, Titanfall 2, Detroit: Become Human, What Remains of Edith Finch, For Honor, Hitman: the Complete First Season, dan banyak lagi.

Jadi, korang berpuas hati dengan langganan PS Plus sepanjang 2019? Game yang paling korang suka? Rasa berbaloi?

Sebagai perbandingan, Sony memberikan game-game percuma sepanjang tahun 2018 dengan nilai USD1,500 (RM6,262).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Jom Layan Ninja Ajar Mark Hamill Main Fortnite Bersempena Tayangan Filem Terbaru Star Wars

Jom Layan Ninja Ajar Mark Hamill Main Fortnite Bersempena Tayangan Filem Terbaru Star Wars

Francais Video Game The Witcher Dimainkan Ramai Gamers Selepas The Witcher Netflix