Menu
in ,

Game-Game PC Ubisoft Akan Kembali Ke Steam Bermula Dengan Assassin’s Creed Valhalla

Ini Trailer Gameplay Assassin’s Creed Valhalla Yang Tiada Paparan Gameplay Langsung

Ubisoft akan mengembalikan game-game PC mereka ke platform Steam bermula 6 Disember ini.

Hanya tiga game Ubisoft akan ditambah ke Steam terlebih dulu iaitu Assassin’s Creed Valhalla, Anno 1800, dan Roller Champions pada tarikh tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Eurogamer, Ubisoft mahu membawakan game-game mereka ke audiens yang lebih banyak, dalam masa sama menyediakan ekosistem pemain yang konsisten melalui Ubisoft Connect.

Pada 2019, Ubisoft telah menghentikan penawaran game-game PC mereka di Steam, di mana ia hanya dilancarkan di Ubisoft Connect dan Epic Games Store. Bermula bulan depan, game-game Ubisoft akan kembali ke Steam.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version