Game-game Marvel tidak akan ada universe mereka tersendiri seperti MCU. Sebaliknya, memberi kebebasan kreatif kepada game-game Marvel dengan cara tersendiri.
Seperti yang korang tahu, Marvel telah mewujudkan Marvel Cinematic Universe dengan menghubungkan setiap adiwira dalam satu universe yang sama. Bermula dengan filem Iron Man pada tahun 2008 sehinggalah ke filem The Avengers yang memperkenalkan ramai adiwira lain.

Peminat Marvel mungkin tertanya-tanya, adakah versi video game Marvel akan mengikut jejak langkah MCU?
Naib presiden dan pengarah kreatif Marvel Games, Bill Rosemann berkata kepada GamesIndustry.biz, beliau tidak mewajibkan sebarang universe dihubungkan kerana beliau mahu setiap studio mempunyai kebebasan dalam menyampaikan cerita yang mereka mahu.
Rosemann juga berkata beliau juga mahu kebebasan kreatif tersebut dalam menghasilkan cerita yang menarik tanpa memberi impak kepada game-game Marvel lain.
“Setiap dunia adalah realiti yang berbeza. Kami mahu memberikan mereka semua kebebasan dalam bercerita. Kami tak mahu berkata ‘kamu tak boleh letupkan bulan ini sebab game lagi satu perlukan bulan ini’. Kami berikan kebebasan sepenuhnya.” Kata Bill Rosemann.
EA juga baru-baru mengesahkan bahawa studio itu sedang menghasilkan game Iron Man baharu. Tidak cukup dengan itu, EA juga mengesahkan beberapa buah lagi game Marvel dalam perancangan, cuma tidak didedahkan lebih lanjut.
Itu belum ditambah lagi dengan game-game Marvel yang sedang dibangunkan studio lain seperti Insomniac Games yang sedang membangunkan Marvel’s Spider-Man 2 dan Marvel’s Wolverine.
Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good. https://www.binance.com/es/register?ref=FIHEGIZ8