Go go Power Rangers!

Sebuah game fighting Power Rangers baru telah diumumkan, digelar
Power Rangers: Battle for the Grid. Game ini dibangunkan oleh nWay, syarikat yang membawakan game mobile fighter Power Rangers Legacy Wars.

Game terbaru ini bakal tiba pada April 2019 untuk PS4, Xbox One dan Switch, dan kemudiannya ke PC (Steam) — membawakan rangers-rangers dan penjahat-penjahat dari francais ini, yang lama dan yang baru.

Melalui kerjasama bersama Hasbro dan Lionsgate, game ini digambarkan sebagai sebuah game yang menjauhkan daripada kawalan-kawalan yang merumitkan bagi membawakan sistem yang lebih ringkas.

Lebih menarik, game ini nanti akan mempunyai fungsi cross-play di kesemua platform yang akan dilancarkan. Seperti yang kita tahu, PS4 kini sudah membuka hatinya untuk membenarkan cross-play bersama-sama dengan platform pesaing yang lain — sebelum ini untuk Fortnite, dan yang terbaru ialah untuk Rocket League.

JomKomen!