in , , ,

Game Co-Op Terbaik Tahun Ini, It Takes Two Capai Jualan 1 Juta Unit

Hazelight Studios telah mendedahkan yang jualan It Takes Two telah melebihi 1 juta unit sejak dilancarkan pada 26 Mac lalu.

Diumumkan di Twitter, Hazelight Studios turut mengucapkan penghargaan kepada para pemain yang telah menunjukkan kasih sayangnya kepada game co-op tersebut.

Orang kuat di sebalik game itu, Josef Fares memetik ciapan itu dengan berkata, “ini menunjukkan bahawa sememangnya terdapat pemain-pemain yang mahu bermain game hanya co-op. Terima kasih banyak atas sambutan yang dipamerkan, ia sangat bermakna kepada kami”

Tahun 2021 mungkin masih panjang, namun kami tidak fikir ada mana-mana game co-op yang mampu menandingi apa yang telah disajikan It Takes Two.

Dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!?, penulis menyimpulkan game ini sebagai “sebuah game co-op yang sungguh menghiburkan dan penuh aksi mendebarkan, dengan idea-idea menggila yang mampu membuatkan mulut ternganga, ditambah pula dengan mini game sampingan yang melucukan”.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Apex Legends Umumkan Mode Kekal Arena – 3v3 Deathmatch Macam Counter-Strike

Pembangun Mortal Kombat Dilaporkan Sedang Bangunkan Game Fighting Marvel