in ,

Game Catalog PlayStation Plus Boleh Main Secara Offline, Tapi Kena Online Seminggu Sekali

Ratusan game yang boleh diakses dalam Game Catalog melalui langganan PlayStation Plus tahap Extra dan Deluxe boleh dimainkan secara offline, tapi pemain perlu melakukan pengesahan secara online seminggu sekali untuk memberitahu sistem bahawa pemain masih memiliki langganan yang aktif.

Sebagai contoh, korang ingin pulang ke kampung pada hujung minggu. Korang muat-turun beberapa game dari Game Catalog siap-siap sebelum pulang ke kampung. Di kampung, sekiranya tiada capaian internet, atau saja-saja malas untuk hubungkan konsol korang dengan internet, korang boleh main game-game tersebut secara offline selama seminggu.

Selepas seminggu, korang perlu kembali online atau hubungkan konsol itu dengan PlayStation Network untuk terus mengakses game-game tersebut, bagi membuat pengesahan kepada sistem konsol bahawa korang masih lagi mempunyai langganan PS Plus (Extra atau Deluxe) yang aktif.

Namun, jangan terkeliru. Pengesahan secara mingguan ini hanya terpakai untuk mengakses Game Catalog dalam Extra dan Deluxe. Untuk game-game percuma bulanan yang ditawarkan dalam Essential, tiada sebarang pengesahan mingguan diperlukan.

Perkara ini disahkan Sony dalam satu blogpost, bersempena pelancaran penuh PlayStation Plus baharu pada hari ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation Plus Baharu Kini Dilancarkan Di Malaysia – Ini Senarai Penuh Koleksi Game, Bagaimana Untuk Naik Taraf

Tarikh Pelancaran Call of Duty: Modern Warfare 2 Diumumkan, Saksikan Poster Rasmi Baharu