Selepas memberikan 15 game percuma dalam 15 hari bersempena perayaan Krismas, Epic Games Store kini kembali memberikan game percuma secara mingguan.
Untuk minggu ini, platform itu memberikan dua buah game iaitu dan Eximius: Seize the Frontline dan Dishonored – Definition Edition.
Kedua-dua game ini korang boleh masukkan ke dalam akaun dari sekarang hingga 6 Januari. Apabila telah melakukannya, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.
Kepada korang yang tidak tahu, Eximius: Seize the Frontline merupakan sebuah game yang dibangunkan oleh studio indie, Ammobox Studios, yang berpangkalan di Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Genre yang disajikan dalam game ini agak menarik. Ia merupakan satu genre hibrid, menggabungkan first-person shooter (FPS) dengan real-time strategy (RTS). Dalam perlawanan online 5v5, korang boleh bermain sebagai Commander dalam bentuk RTS atau Officer dalam bentuk FPS.
Korang boleh dapatkan Eximius: Seize the Frontline di Epic Games Store secara percuma sekarang.
Your enticle helped me a lot, is there any more related content? Thanks! https://www.binance.com/en/register?ref=P9L9FQKY