Menu
in , ,

Game Buatan Malaysia, GigaBash Boleh Dimainkan Dalam Bahasa Melayu, Indonesia

Seperti kebanyakan game lain, GigaBash menampilkan beberapa pilihan paparan bahasa. Namun, kelainan yang dibawakan ke dalam game ini adalah ia turut menyediakan pilihan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.

GigaBash dibangunkan oleh Passion Republic, sebuah studio pembangunan game tempatan yang berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor. Portfolio yang dimiliki Passion Republic adalah sangat luas kerana sebelum ini sering membantu studio-studio besar membangunkan game-game AAA seperti Elden Ring, Marvel’s Spider-Man, Ghost of Tsushima, Stray dan banyak lagi.

Kini, Passion Republic telah melancarkan game yang dibangunkan sepenuhnya oleh mereka iaitu GigaBash yang sudah boleh dimainkan di PC (Steam, Epic Games Store), PS5 dan PS4.

Bermain GigaBash dalam Bahasa Melayu sememangnya memberikan satu kelainan yang amat unik. Dari menu utama, UI dan dialog-dialog (teks) dalam penceritaan, semuanya tersedia dalam Bahasa Melayu.

Kami terhibur dengan tahap kesukaran (difficulty) yang boleh dipilih, iaitu Santai, Seimbang, Ribut dan Kiamat.

GigaBash adalah sebuah game brawler, membawakan karakter-karakter raksasa gergasi yang diinspirasikan daripada filem-filem kaiju. Ia boleh dimainkan secara solo, local co-op dan online co-op.

Nantikan review penuh kami tidak lama lagi. Boleh Beli or Boleh Blah!?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version