Menu
in , ,

Game Bola Sepak Percuma Baharu UFL Diumumkan, Dibangunkan Dalam Unreal Engine Untuk ‘Semua Konsol Utama’

Nampaknya bukan eFootball keluaran Konami sahaja game bola sepak akan datang yang bakal dilancarkan secara percuma. Ada satu lagi game bola sepak baharu diumumkan.

Dibangunkan oleh Strikerz, game ini diberi nama UFL. Game ini digambarkan sebagai:

“UFL merupakan sebuah liga bola sepak global online di mana hanya skil anda yang penting. Sertai hari ini revolusi mengubah dunia bola sepak buat selamanya.”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, UFL sedang dibangunkan dalam Unreal Engine. Tiada platform spesifik yang diumumkan, namun menyatakan yang ia akan dilancarkan untuk “semua konsol utama” secara percuma. Tarikh pelancaran juga belum diumumkan.

Satu trailer pendek berdurasi 35 saat telah dikongsikan, namun ia hanyalah trailer sinematik, bukannya gameplay.

Untuk UFL, Strikerz telah bekerjasama dengan FIFPro, iaitu organisasi perwakilan untuk lebih 65,000 pemain bola sepak profesional. Selain itu, mereka turut menjalin kerjasama dengan InStat, iaitu salah satu syarikat analisis prestasi sukan terbaik yang akan menyediakan data terperinci dan statistik terkini untuk setiap pemain dalam UFL.

Strikerz mendedahkan yang UFL telah mula dibikin sejak 2016.

Berikut adalah beberapa screenshot rasmi yang dikongsikan. Kelihatan seperti kelab dari England, West Ham United akan menjadi antara pasukan rasmi dalam UFL.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version