in , , ,

Game Bethesda Akan Datang, Starfield Dilaporkan Hanya Eksklusif Untuk Xbox/PC

Wartawan terkenal, Jeff Grubb telah menaikkan satu tweet ringkas yang menyatakan bahawa game RPG bertemakan sains fiksyen angkasa lepas, Starfield akan menjadi sebuah game eksklusif untuk Xbox dan PC.

Dalam kata lain, game yang dibangunkan Bethesda itu kemungkinan tidak akan dilancarkan ke platform PlayStation.

Semasa Starfield diumumkan dalam acara E3 2018, Bethesda masih belum diambil-alih oleh Microsoft.

Selepas pengambil-alihan bernilai berbillion dolar itu, tentunya ini merupakan satu tindakan yang masuk akal oleh Microsoft. Namun, ia sebenarnya bertentangan dengan kenyataan ketua pegawai kewangan Xbox, Tim Stuart pada November 2020. Beliau pernah menyatakan bahawa Microsoft dan Bethesda akan terus menjual game-game mereka di platform-platform yang sudah wujud pada hari ini.

Sekiranya laporan ini adalah benar, apakah ini strategi pemasaran Microsoft dan Bethesda ke hadapan? Apakah hanya Starfield yang akan menjadi eksklusif Xbox dan PC? Atau kesemua game-game keluaran Bethesda akan datang kelak?

Apa-apa pun, seperti biasa, ini belum lagi kenyataan rasmi daripada Bethesda atau Microsoft. Maka, apa-apa boleh berlaku selagi belum ada pengumuman rasmi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saiz Fail Subnautica Di PS5 Dikecilkan 70% Daripada Versi PS4 Disebabkan Teknologi SSD

Netflix Umum Tarikh Mula Tayangan Resident Evil: Infinite Darkness, Saksikan Trailer Penuh