Dalam laporan kewangan suku tahunan, EA telah mengesahkan beberapa game akan datang daripada syarikat itu yang sudahpun berada dalam perancangan.
Tiga game telah disahkan akan tampil dalam konsol generasi akan datang (PS5 dan Xbox Series X) yang diterbitkan oleh iaitu game Battlefield seterusnya, FIFA 22, dan Madden NFL 22.
Walau bagaimanapun, jangan terlalu menjangkakan yang game Battlefield akan datang itu akan dilancarkan dalam masa terdekat kerana ia termasuk dalam perancangan EA untuk tahun fiskal 2021/2022, iaitu yang berlangsung dari 1 April 2021 hingga 31 Mac 2022.
Blake Jorgensen, COO dan CFO EA berkata:
“Kami menjangkakan perkembangan untuk menggerakkan fiskal 2022 dalam masa kami mengukuhkan asas perkembangan konsol generasi akan datang melalui pelancaran satu Battlefield baharu. Ini juga termasuklah pelancaran FIFA 22 dan Madden NFL 22 serta live service yang baharu dan berterusan serta game-game lain.”
Berita ini hanyalah satu pendedahan awal yang tiada sebarang butiran lanjut dikongsikan. Semestinya tiada pendedahan terhadap tema atau latar belakang yang akan dibawakan ke dalam game Battlefield itu nanti.
Sumber: MP1ST
Comments
Loading…