Kononnya dibayangkan seperti game Overwatch MOBA di dalam universe Titanfall, dan dimainkan seperti mode Battle Royale Blackout dari COD: Black Ops 4! Ye ke ni?

Kotaku telah melaporkan bahawa sumber-sumber mereka berkata, “sebuah game spin-off Titanfall akan dilancarkan Isnin nanti.”

Artikel tersebut memetik twit dari wartawan esports Rod Breslau yang menggariskan beberapa ciri menarik tentang game bernama Apex Legends di universe Titanfall ini.

Berikut adalah maklumat yang diketahui tentang Apex Legends setakat ini:

  • Apex Legends dibangunkan Respawn, developer Titanfall.
  • Ianya akan dilancarkan Isnin, 4 Februari nanti.
  • Game bergenre Titanfall Hero Battle Royale ini adalah PERCUMA (free-to-pay).
  • Hadir ke platform PC, PS4, Xbox One.
  • Akan menampilkan karakter/heroes dengan ability unik. Tiada Titan dari Titanfall.
  • Maksimum 60 orang pemain dalam satu server.
  • Main bersama 3 orang dalam satu skuad menentang skuad/pasukan lain.
  • Dibina di atas Source engine milik Valve.
  • Sistem microtransaction dan lootbox bagi item kosmetik dan kandungan in-game seperti Overwatch.

Amacam? Adakah gameplaynya nanti seperti video di atas? Adakah ini game berikutnya yang akan menjadi title esports? Boleh pergi ke tak ni nanti? Apex Legends – sama-sama kita nantikan.

JomKomen!